Jelajah hutan, redah sungai & daki bukit dengan pengalaman ATV paling padu di Kampung Tebakang, Bukit Payong, Marang. Projek pelancongan komuniti di bawah Program Community Based Tourism (CBT) Negeri Terengganu, diusahakan oleh Koperasi Masjid Kampung Tebakang.
ATV KOMIT Tebakang ialah inisiatif pelancongan komuniti yang menggabungkan aktiviti sukan lasak, keindahan alam kampung dan penglibatan penduduk setempat. Melalui projek ini, pelawat bukan sahaja datang untuk ride ATV, tetapi juga merasai suasana desa, budaya kampung dan keramahan komuniti setempat.
Laluan melalui kampung, dusun, sawah & kawasan hijau – sesuai untuk content media sosial & healing.
First-timer dialu-alukan. Kami ajar langkah demi langkah sehingga anda rasa yakin sebelum masuk trek sebenar.
Taklimat keselamatan, helmet disediakan, kelajuan dikawal & ride akan dijadual semula jika trek berisiko.
Setiap kunjungan anda menyumbang kepada pembangunan ekonomi penduduk Kampung Tebakang melalui koperasi masjid.
Pilih pakej mengikut masa, tahap cabaran dan bajet anda. Semua pakej termasuk taklimat keselamatan dan sesi latihan asas.
Laluan trek setempat dalam kawasan sekitar 2 ekar. Santai & mudah dikawal.
RM50 / 1 ATV
Tambahan pembonceng bawah 8 tahun: +RM20
Laluan sekitar kampung & dusun dengan pemandangan sawah & kebun.
RM100 / 1 ATV
Tambahan pembonceng: +RM30
Trek hutan, denai sawit & kawasan berlumpur. Lebih banyak cabaran untuk kaki adventure.
RM150 / 1 ATV
Tambahan pembonceng: +RM30
Denai lasak, kawasan paya & cabaran bukit. Paling sesuai untuk team building & kumpulan ekstrem.
RM180 / 1 ATV
Tambahan pembonceng: +RM30
Matlamat kami: anda rasa selamat, seronok dan tak sabar nak datang lagi. Guide kami akan sentiasa bersama anda dari awal sampai akhir ride.
“First time naik ATV, mula-mula cuak. Tapi lepas guide ajar satu-satu, terus rasa seronok. Anak pun asyik tanya bila nak datang lagi.”
Puan Aisyah – Ride bersama keluarga
“Program team building paling santai tapi paling melekat dalam kepala. Semua staff enjoy, gelak sama-sama & balik dengan memori yang best.”
Encik Faizal – HR, syarikat swasta
Kami percaya aktiviti lasak boleh kekal seronok tanpa mengabaikan keselamatan. Setiap keputusan di trek akan mengambil kira faktor cuaca, keadaan laluan dan tahap peserta.
👨👩👧 Keluarga yang nak aktiviti hujung minggu yang lain daripada biasa
🎓 Pelajar sekolah & universiti untuk program lawatan / kelab
🏢 Syarikat yang nak buat team building & reward untuk staff
🫂 Geng kawan & couple yang suka cari aktiviti outdoor
🧳 Pelancong yang nak rasa pengalaman kampung & nature di Terengganu
Tidak wajib. Peserta perlu cukup umur, sihat & boleh ikut arahan keselamatan yang diberi oleh guide.
Secara umum sekitar 12 tahun ke atas untuk bawa sendiri, bergantung kepada ketinggian & kawalan. Kanak-kanak lebih kecil boleh jadi pembonceng jika sesuai.
Boleh, tertakluk kepada berat & faktor keselamatan. Beritahu kami semasa buat tempahan untuk kami cadangkan pakej terbaik.
Kasut bertutup & pakaian sukan digalakkan. Elakkan selipar longgar kerana laluan mungkin licin & berlumpur.
Hujan renyai biasanya dibenarkan jika trek masih selamat. Jika hujan lebat atau keadaan tidak mengizinkan, kami akan cadangkan untuk tangguh atau tukar slot.
ATV KOMIT Tebakang
Kampung Tebakang, Bukit Payong,
21400 Marang, Terengganu.
🕘 9.00 pagi – 6.30 petang (Last ride: 5.30 petang)
Nak tengok vibe & suasana trek sebelum datang? Lihat video kami di TikTok.
Slot hujung minggu dan cuti sekolah biasanya cepat penuh. Lock slot anda sekarang melalui WhatsApp.
Bayangkan… dalam masa lebih kurang 60–90 minit saja, anda dah:
Dan semua itu berlaku di Kampung Tebakang – trek kampung asli, hutan hijau & suasana kampung yang jarang orang bandar dapat rasa.
Bonus: Untuk group (5 orang ke atas), kami bantu susun slot & jadual khas supaya semua boleh ride sekali.
Untuk pengetahuan anda, unit ATV & slot harian kami terhad. Bila penuh, kami terpaksa tutup booking atau pindahkan ke tarikh lain.
Kalau anda memang dah lama plan nak rasa ride ATV, ini masa terbaik untuk lock slot – sebelum cuti sekolah / hujung minggu makin padat.
Jangan risau tentang cuaca:
Jika hujan lebat & trek tak selamat, kami akan bantu reschedule ke tarikh lain yang sesuai.
Tekan butang di atas & team kami akan bantu anda step-by-step untuk booking & bayaran.